Sering kali kita dengar AIDA. Attention, Interest, Desire, Action.
Apakah semua itu? Itulah formula untuk membina iklan yang mendapat sambutan. Bukan sambutan daripada media-media utama dan mendapat anugerah kreatif tetapi sambutan daripada angka jualan.
Lagi patuh kita mengikut formula yang nampak mudah itu, lagi berjayalah kita untuk maju ke hadapan.
Tapi ramai yang gagal---tapi jangan bimbang.
Kegagalan merupakan jalan menuju kejayaan. Saya sendiri pernah gagal, dan saya gagal dengan cemerlangnya!
Saya dicemuh, dikritik, dan dipaksa untuk TIDAK menjadi apa yang saya mahu jadi. Tapi di sini saya akhirnya, menjadi apa yang saya nak jadi.
Mempelajari psikologi manusia dan menggunakannya di dalam setiap hasil yang saya hasilkan, memastikan setiap iklan yang saya buat memuaskan hati pelanggan saya.
Anda juga pelanggan saya, pelanggan yang melihat apa yang saya mahu tulis dan saya berterima kasih kepada anda tentang itu.
Kita akan bertemu nanti, pada hari yang lain, dan saya akan mula berbual apa yang saya fikirkan dan tahu tentang iklan yang super power.
Tunduk hormat kepada anda,
Abdul Rahman
http://www.flycopy.com/
Sunday, June 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment