Wednesday, July 9, 2008

Api yang akan membakar nafsu anda

Apakah perkara yang paling penting dalam setiap sales letter?

Ada yang mengatakan ianya headline.

Ada yang kata opening paragraph.

Ada yang kata offer.

Ada juga yang kata guarantee.

Mana satu yang betul?

Biar saya beritahu anda: semuanya penting. Tak kira headline, opening paragraph, offer, atau guarantee. Kesemuanya penting. Jika salah satu daripadanya lemah, ia akan melemahkan satu sales letter tersebut.

Headline lemah, orang tak baca.

Opening sentence / ayat pemula yang lemah, orang malas nak baca.

Guarantee / jaminan yang lemah, orang tak sanggup nak beli.

Offer / Tawaran yang lemah, sesiapa pun tak berminat nak beli. Dan untuk pengetahuan anda, guarantee itulah tawaran anda. Sebahagian daripadanya.

Tapi, ada satu perkara yang anda perlu utamakan dalam sales letter anda. Perkara yang amat, amat penting. Jika anda salah pada bahagian ini, walau sehebat mana pun sales letter anda... ia akan mengurangkan kuasa menarik kerana tidak memenuhi kriteria "nafsu" prospect anda mahukan.

Eugene Schwartz, salah seorang copywriter dari zaman dahulu kala mengatakan...

The Hidden Desire. Nafsu yang tersirat.

Kenapa orang beli Mercedez Benz? Sebab mereka mahukan status... tapi betul ke? Atau adakah mereka tak mahu orang rendah mereka? Atau mereka sebenarnya melarikan diri daripada realiti?

Inilah kerja copywriter, mencari sebab musabab kenapa orang membeli sesuatu produk. Ada yang untuk menyelesaikan masalah (servis financial planning), ada yang tidak sanggup menerima realiti (magic pill untuk kurus keesokan hari), ada yang untuk mencapai masa hadapan yang lebih cerah (program self-development).

Macam-macam kehendak manusia. Tugas anda, jika anda seorang businessman atau copywriter atau marketer, mencari butang "panas" yang menyebabkan orang dengan hati yang geram, mengeluarkan wang daripada dompet mereka dan memberikan kepada anda.

Jika mereka tidak membeli, mereka akan rasa geram, sakit hati, dan hanya dapat diubati dengan membeli produk anda.

Do you know your prospects hot button?

1 comments:

zahrul azua said...

Kira kena jawab soalan pelanggan yang menyoal... "Kenapa aku patut beli barangni/ perkhidmatan ni dari ngko"...