Monday, July 14, 2008

Kesilapan dan Kegagalan Saya

Bukan semuanya yang berjaya...

Saya pernah gagal dengan amat-amat teruk sekali. Amat-amat teruk sekali.

Kenapa saya cakap amat-amat teruk selama 2 kali di atas? Kerana saya betul-betul bengang dengan peristiwa tersebut.

Apa kegagalan saya? Saya tidak membuat analisa yang tepat mengenai pasaran yang client saya ceburi.

Jika anda pergi ke laman web The Rich Jerk anda pasti ingat sales letter itu hebat... dan anda betul.

Tetapi jika anda cuba gunakan style tersebut di dalam pasaran dipenuhi dengan kaum Hawa, anda mungkin gagal.

Daripada 1 sale sehari ke 1 sale seminggu

Itu yang berlaku apabila saya menulis sales copy (ayat lain: teks dalam iklan) untuknya. Sales jatuh menjunam daripada 1 sale sehari ke 1 sale seminggu (bermakna 6 sales hilang, atau -600%).

Siapa tak sakit hati... itulah kali pertama saya mengalami kegagalan dan saya masih ingat lagi keperitan itu sehingga hari ini.

Nota: Dia telah menggunakan sales copy asal dia dan jualan telah kembali seperti biasa.

Apa yang kita boleh pelajari daripada kesalahan saya?

Setiap pasaran mempunyai cara yang lain untuk menjual kepadanya.

Untuk biz opp, mungkin sesuai menggunakan style berlagak (lebih tepat: jika anda melihat orang menggunakan style yang sama sahaja di dalam satu-satu pasaran itu, gunakan suara yang lain).

Seperti rakan saya Adly, dia juga menggunakan style pemasaran yang berjaya. Apabila orang mengeluarkan produk niche dalam niche (seperti teknik dalam pemasaran Internet), dia mengeluarkan satu produk besar dengan pelbagai benda disumbatkan di dalamnya.

Dan kita semua tahu, Rahsia 10K (Affiliate link) merupakan satu produk yang agak berjaya.

Dia meminta mereka yang mempunyai list yang besar untuk membantu dan juga menyediakan freebie di laman webnya untuk membina "virus" yang akan menyebarkan berita tentang produk tersebut kepada orang ramai.

Anda boleh mendapatkannya dengan klik di sini (Affiliate link).

Yang penting, jangan anda menyerah jika anda gagal sekali. Kawan saya dan juga client saya, Mohd Sufian juga mempunyai Success Blueprintnya sendiri dan apabila dikongsi dengan orang ramai, tak semuanya berjaya.

Ada yang tak dapat langsung.

Ada yang dapat sedikit

Tetapi, ada juga yang mendapat lebih daripadanya.

Sistem yang berkesan untuk guru-guru tertentu mungkin tidak sesuai untuk anda. Relax, dan minta balik wang anda daripada dia (itulah gunanya money-back guarantee bukan?)

Cuba gubah, bermain-main dengan sistem tersebut, dan lihat hasilnya.

Mungkin itu akan menyebabkan anda berjaya.

Terus berjaya,
Abdul Rahman
http://www.flycopy.com/

0 comments: