Saturday, July 12, 2008

Menarik Perhatian

Ada yang bertanya kepada saya, "Rahman, macam mana nak menarik perhatian orang untuk membaca apa yang kita tawarkan ha?"

Dan ini jawapan saya: buatlah apa-apa yang mampu menarik mereka membaca ayat pertama anda!

Kadang-kadang, sales letter tidak mempunyai headline. Contohnya sales letter untuk Wall Street Journal yang telah berjaya membawa masuk lebih 2 billion dollar kepada syarikat tersebut.

(Anda akan mendapat sales letter tersebut nanti di dalam blog ini juga bersama dengan beberapa lagi sales letter yang berjaya lain)

Anyway, anda boleh memulakan sales letter anda dengan janji seperti:

Pada akhir mesej ini, anda akan mendapati bahawa kejayaan dalam bisnes online tidaklah sesusah yang anda sangkakan...

atau seperti ini:

Apa yang akan anda dengar akan mengubah hidup anda selama-lamanya!

Dan macam-macam lagi. Lagi satu cara untuk menarik perhatian ialah dengan menyatakan masalah seperti:

Adakah anda mempunyai masalah untuk tidur malam? Jika ya, inilah laman web terpenting yang anda baca hari ini!

atau:

Saya juga pernah menjadi seperti anda. Terpaksa bekerja 8 jam sehari, diherdik bos dan tidak mempunyai kebebasan untuk bekerja bila-bila masa yang saya mahukan.

Pelbagai cara yang anda boleh lakukan untuk menarik perhatian dan saya berharap anda mendapat inspirasi untuk membuat sales letter anda.

Ada komen atau permintaan? Sila komen menggunakan form di bawah ;)

Buh-bye,
Abdul Rahman

0 comments: