Setelah menarik perhatian dan menarik minat mereka, perkara ketiga di dalam formula AIDA ialah Desire, atau kehendak. Dengan kata lain, anda mestilah meng-amplify, atau menggandakan minat mereka menjadi satu kehendak. Ini merupakan perkara yang agak sukar kerana ramai orang kantoi di sini. (Dan saya mengaku, saya pun sama).
Susah jugak nak cakap kehendak nih. Sebab kebanyakan proses yang saya buat macam buat baju. Macam baju yang dijahit, saya buat proses satu demi satu sehingga menjadi satu baju lengkap. Tanpa salah satu perkara tersebut (AIDA), ianya akan jadi tak cantik. Mungkin kalau bagi contoh lagi baik.
But if you really want him to succeed, you know what you have to do.
You need to give him high quality education so that he can easily breeze through all the questions in the exam!
So, what is it? Where's the best place for you to send him? In fact, that is the reason why I wrote this letter to you. I want you to know that I have the solution for your problem!
Listen,
Sebahagian sales letter di atas merupakan sales letter yang saya buat untuk syarikat tuisyen tempatan dan ini betul-betul target kat pain atau kesakitan audience tersebut.
Sebagai parents (ibu bapa), mereka:
1. nak anak mereka berjaya
2. tidak mahu mereka & anak mereka malu
3. tak tahu mana nak hantar diorang
Jadi saya menekankan ketiga-tiga sebab ini untuk memperkuatkan solution yang saya berikan kepada mereka. Saya menggunakan konsep problem-agitate-solve di mana saya akan memberitahu masalah mereka, tekan puas-puas benda yang diorang tak suka dengar (bagi diorang sakit hati) dan menyelesaikannya.
Kenapa tekan bahagian yang sakit? Ini untuk emphasize bahawa jalan penyelesaian saya berkesan dan mereka tidak perlu risau.
Ini akan menjadi kehendak untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Atau mengelakkan daripada dimalukan, atau sebab-sebab yang tersembunyi yang lain.
Mungkin ada yang rasa taktik ni kejam, tetapi ingat: produk yang saya cuba jual di sini amatlah berkualiti. klien saya mendapat pelanggan kebanyakannya daripada referral (maksudnya orang mempercayai dia, dan dia memang deliver result yang dia janjikan).
Jadi, ingat, pastikan anda menggunakan taktik yang mampu elevate keinginan menjadi minat, minat menjadi kemahuan. Dan yang akhir sekali akan diberitahu selepas ini.
Yang berkhidmat kepada anda,
Abdul Rahman
P.S Jika anda mahu mengupah saya menulis sales letter anda (tak kira BM atau BI, sila e-mail saya di uniquelyislam [at] gmail.com.
P.P.S Saya mungkin akan mengeluarkan produk yang menjelaskan bagaimana anda boleh membuat sales letter anda dengan mudah... tengok dulu ada tak masa nak siapkan bulan ni :)
P.P.P.S Petang ni saya akan release e-book saya tu. Harap-harap dapat sambutan ramai :D
Friday, September 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment