Aduih. Baper tinggi graf ni naik? Takkan ubah satu elemen dalam sales letter dah naik cam gini?
Assalamualaikum,
Hari ini anda akan mempelajari beberapa cara bagaimana untuk menarik minat pembaca yang telah anda tangkap sebelum ini.
Lihat contoh di bawah:
Tuisyen yang kami sediakan adalah amat hebat, dan saya pasti anda akan gembira dengan result yang akan anda dapat!
Persoalan saya kepada anda: adakah sales copy (a.k.a ayat iklan) di atas baik... atau hanya buat bubur sahaja?
Obvious kan? Mestilah TERUK!
Jadi, apa yang bagus? Saya korek-korek dalam sales letter yang saya pernah buat...
Bayangkan jika akaun Adsense anda menunjukkan anda mendapat lebih 100 dollar sehari. Dalam masa 30 hari, anda telah mendapat lebih 3000 dollar yang bersamaan dengan RM9300.
Itulah hidup seorang yang berjaya membuka kunci rahsia Adsense, dan hidup bebas tanpa perlu bekerja!
Macam mana? Lagi baik bukan? Tapi contoh tu takde kaitan dengan tuisyen. Baik, ini versi the Handsome Copywriter, Abdul Rahman (perasan):
Jika anda mahukan anak anda berjaya, anda pasti akan melakukan apa-apa untuk mereka. Adakah tuisyen kami sempurna? Tidak sama sekali. Tetapi tuisyen kami menyediakan perkhidmatan yang anda mahukan selama ini. Anda boleh bla bla bla bla bla.
Ini lebih baik dan sales letter ini dibuat untuk client saya (kang saya beritahu betapa berjayanya sales letter ini). Anyway, apa yang penting dalam menarik minat pembaca ialah self-interest. Bukan you punya interest! Faham?
Contoh pertama hanya menyatakan kami hebat! Sedangkan apa yang dicari pembaca ialah cara untuk memastikan anak mereka berjaya.
Jika anda apa-apa persoalan, tanya menggunakan sistem komen atau hantar ke uniquelyislam[at]gmail.com.
Untuk produk free tu, saya dah siap lama, cuma tengah mencari seseorang untuk membantu saya mendapatkan opt-in (kena opt-in baru dapat). Ada sesiapa yang mempunyai autoresponder?
Anda juga akan mendapat tempias-tempias tertentu seperti 10% diskaun untuk servis saya, boleh e-mail list tersebut sekali seminggu dan lain-lain "perk" yang saya nak bagi. :)
Abdul Rahman
P.S Sila lihat video yang saya buat di bawah (maaf pasal kualiti yer... first time)
Thursday, September 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment