Saturday, September 6, 2008

Ini Sebabnya Mengapa Anda Perlu Beli Sekarang

Setelah anda membuat ketiga-tiga langkah iaitu menarik perhatian, menarik minat, berkehendak, anda perlu menyatakan sebab mengapa mereka perlu membeli sekarang.

Kenapa sekarang? Anda, bukan seperti iklan-iklan di TV. Iklan-iklan tersebut bergantung kepada harapan, sedangkan anda perlu bergantung kepada jualan untuk terus hidup.

Mungkin anda boleh cakap:

Jika anda tidak membeli sekarang, anda akan kehilangan manfaat, manfaat dan manfaat.

Atau...

Ini sebabnya mengapa anda harus membeli:
1. sebab satu (anda tak dapat manfaatnya)
2. dua (bonus ini hanya untuk 50 orang terawal)
3. tiga (tidak akan diterbitkan lagi selepas 1000 orang membeli)

dan lain-lain.

Ini juga menjurus kepada satu perkara yang dipanggil tawaran. Apakah tawaran anda cukup mengiurkan pembaca sehingga mereka sanggup mengeluarkan wang daripada poket mereka?

Ingat, tawaran yang hebat selalunya akan menyelesaikan masalah seseorang tidak membeli on spot.

Yang tengah lapar,
Abdul Rahman

P.S Lepas ini mungkin saya buat video ringkas tentang Tawaran. Tunggu... :)

0 comments: