Wednesday, September 24, 2008

Sejarah Surat Jualan Di Malaysia

Hey,

Hari ni merupakan hari ke-25 kita berpuasa dan tidak lama lagi kita akan merayakan bulan Syawal pula.

Hari ini, saya akan berceritakan tentang sejarah surat jualan online di Malaysia. Sebenarnya, lebih tepat kalau saya kata buah fikiran Abdul Rahman tentang evolusi surat jualan di Malaysia.

1. Daripada hidup ke mati
Apa yang hidup? Apa yang mati? Maksud saya adalah link. Pada awalnya, link di kebanyakan laman jualan di Malaysia boleh di click dan dibawa ke laman web orang lain dan ini boleh distract pembaca kepada benda lain dan ini tidak baik untuk anda.

Padamkan link tersebut supaya tiada siapa boleh tinggalkan surat jualan anda sebelum membeli ;)

Sneaky, but it works!

2. Daripada bersemak samun ke kegelapan...
Tup tup tap... beberapa bulan berlalu. Akhirnya, ada juga orang yang buat design sales letter yang cantik. Rahsia Newbie, Rahsia10k, semuanya direka dengan design yang cantik dan membantu mendapatkan jumlah jualan yang tinggi pada hari pertama.

Dan perasan tak, banyak design gelap? Sebab tu ler saya kata masuk ke kegelapan...

3. Daripada satu kepala kepada dua kepala.
Pernah lihat satu surat yang sama bersama rakan anda dan yang anda lihat benda yang berbeza? Itulah maksud saya dengan daripada satu kepala kepada dua kepala.

Kepala itu adalah headline.

Headline tersebut ada dua disebabkan... split testing.

Orang pertama di Malaysia yang secara open mengatakan dia membuat split testing ialah Sham yang membuat Raja Adsense dan Raja Adwords.

(Entah kenapa, saya tak dapat cari Raja Adwords punya website... ada klu?)

Jadi apa kaitan sejarah surat jualan ini dengan anda?

Pelbagai.

Ini menunjukkan progression, atau perkembangan direct response online sales letter di Malaysia.

Dan ini bermakna, pasaran semakin luas --- dan duit semakin banyak dibelanjakan di Internet.

Inilah masa yang sesuai untuk anda menceburi perniagaan internet.

Terutama sekali selepas Raya... di mana kanak-kanak kecil dan muda-mudi mendapat duit raya. Inilah peluang untuk anda menjual produk anda kepada mereka.

Siapkan sales letter anda, letakkan produk anda online dan promosi laman jualan tersebut.

Dan kepada sesiapa yang mahu memaksimakan keuntungan daripada sales letter tersebut, jenguk-jenguk video produk saya, "Bagaimana Untuk Membuat Sales Letter Dalam Masa 100 Minit Atau Kurang".

Sekian,
Abdul Rahman
The Copywriter

P.S Ikuti perkembangan terkini daripada saya di Twitter. (http://www.twitter.com/arahman)

0 comments: