Thursday, February 26, 2009

Panduan VCC: Cerita satu kejayaan

Pagi tadi saya ceritakan tentang kegagalan saya, malam ini pula biar saya ceritakan tentang kejayaan saya.

Seperti yang anda tahu, kejayaan bukanlah datang bergolek. Selalunya kejayaan datang dalam keadaan yang berselindung dan itulah yang berlaku apabila Panduan VCC dilancarkan.

Pada awalnya, sales letter Panduan VCC ditulis oleh seorang copywriter tempatan yang lain (bukan saya). Tak perlulah saya beritahu namanya. Tapi yang penting ialah sales letter tu convert OK OK.

Pada mulanya, saya membantu Naem untuk menulis emel-emel Panduan VCC. Dan of course, ini membantunya untuk snatch belasan sales sehari dalam fasa pra-pelancaran Panduan VCC.

Kemudian, setelah terpaksa delay launch website tersebut, dia dalam last minute cuba hire saya menulis sales letter untuknya - dan saya menerimanya. Setelah beberapa jam, saya menghantarnya draft untuk dia gunakan.

Kualitinya tidaklah seberapa (dan lain daripada apa yang anda lihat sekarang ini), dan cukup-cukup makan sahaja.

Saya sendiri tidak puas hati melihat apa yang saya berikan kepadanya. Jadi, saya mencari lebih banyak bahan untuk menjadikannya sales letter yang lebih hebat. Dan ya, saya berjaya mencari bahan-bahan untuk memastikannya sales letter tersebut gempak.

Malangnya, sales tetap tidak meletup seperti yang diharapkan!

Apa masalahnya? Apa yang menyebabkan sales letter ini lemah?

Kelemahannya: headline yang saya buat.

Saya sendiri pun tak perasan headline dia lemah. Masa itu ianya satu pernyataan dan malangnya, saya tidak save untuk rujukan lanjut. Apa yang saya buat ialah menukarkannya kepada triple-benefit headline (dalam bentuk persoalan).

Dan itu yang anda nampak sekarang: "Bagaimana Untuk Mendapatkan VCC Secara Percuma, Mengelakkan Duit Anda Dicuri & Memastikan Anda Tidak Tidak Ditipu Penjual VCC?"

Headline ini betul-betul berkesan dalam mendapatkan sales. Conversion rate meningkat lebih daripada 6 kali ganda masa saya mula test. Sekarang, ianya tetap dalam lingkungan 500% lebih hebat.

Bayangkan: satu perubahan sahaja mengubah segala-galanya.

Daripada jumlah yang sedikit, meningkatkannya berganda-ganda.

Daripada beberapa orang sahaja mempromosi, makin ramai pula orang promosi. Sekarang, kat mana-mana pun ada orang promote product ini. Alhamdulillah, kepada diri sendiri dan tahniah kepada Naem.

Ini merupakan kejayaan pertama saya dalam tahun ini. Apa yang anda ingat hebat, tidak semestinya hebat di mata orang lain. Dan apa yang penting ialah setiap sales letter mestilah dapat membuat sales untuk anda.

Sekian,
Abdul Rahman
P.S Klik sini untuk mendapatkan Panduan VCC. Selepas itu, emel saya di uniquelyislam[at]gmail.com untuk mendapatkan "sneak peek" kepada satu produk yang anda tidak akan jumpa selain daripada berada dalam list Naem.

0 comments: