Selain daripada sales letter membunuh, terdapat beberapa faktor lain yang memainkan peranan mengapa satu-satu laman web tersebut tidak mendapat sale.
Antaranya ialah faktor yang tidak dapat dikawal oleh kita. Contohnya...
1) Kita tidak dapat mengawal bila masa Maybank2u atau apa-apa syarikat pemprosesan bayaran akan mengalami masalah.
Siapa boleh kawal? Kalau ada, sila beritahu. Masalah ini sering melanda beberapa client saya.
2) Kita tidak mengetahui betapa banyak wang yang ada dalam tangan pembaca kita.
Kita mungkin menjual produk yang terlalu tingi harganya untuk produk tersebut. Mungkin perceived value tidak setinggi orang mahukan.
3) Kita tidak mengawal apa yang berlaku kepada pembaca semasa sedang membaca sales letter/website kita.
Bayangkan, mereka membuka laman web anda bersama dengan emel mereka, blog politik yang mereka baca, RSS feeder mereka, dan pelbagai lagi laman web, pada waktu yang sama mereka membaca laman web anda.
Ini menyebabkan anda mempunyai peluang yang kurang untuk mendapatkan perhatian dan akhirnya, jualan mereka.
Walau apapun, laman web yang kita buat perlulah memenuhi kehendak-kehendak pembaca. Kita perlu sedar bahawa mereka juga seperti kita, mempunyai pelbagai kelemahan. Anda menjual produk 18SX? Sesuaikah laman web anda dibuka dalam peak period (waktu dalam pejabat).
Jika anda menjual produk pengurusan kewangan berharga tinggi, sesuaikah produk anda dengan pembaca anda (yang hanya makan gaji)?
Kita dapat melihat laman-laman web e-commerce hebat memudahkan pelawat mereka untuk membeli, dan menjadikan pengalaman tersebut sesuatu yang segar dalam ingatan mereka.
Sekian,
Abdul Rahman
P.S Mungkin anda patut melihat presentation yang saya buat dalam Offer Niagakit. Of course, NiagaKit tidak dibuka untuk pembelian sekarang ini. Tapi, video tersebut mungkin akan membantu anda membuat website yang lebih hebat.
(Video tersebut tidak berkaitan dengan NiagaKit, tapi macam mana nak buat website yang conversion tinggi).
Wednesday, March 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment