Saya melihat ramai orang gusar, marah dan ada yang dah tak kisah tentang software tersebut kerana mereka rasa tidak berbaloi menunggu sesuatu yang kunjung tidak tiba.
Apa yang dapat saya belajar dari thread tersebut ialah: siapkan produk sebelum memulakan promosi.
Maksudnya, anda boleh buat semua bahan promosi sebelum buat produk, tetapi hanya promote selepas anda menyiapkannya. Of course, ada juga exception seperti untuk produk yang ongoing iaitu weekly teleseminars, atau apa-apa jenis servis (selalunya saya dibayar 50% upfront, 50% lepas saya siap).
Jangan promosi produk anda jika anda tidak yakin ianya siap on-time. Jangan buat sesuatu yang akan menjejaskan nama baik anda. Nama baik AMAT PENTING untuk sesuatu bisnes. Ianya menjadi aset kepada sesiapa yang pandai menggunakannya.
David Ogilvy & Co. telah menjadikan agensi pengiklanan mereka antara yang terbesar di dunia dengan exploiting whatever assets they have in their disposal.
Ikuti saya di Twitter.
0 comments:
Post a Comment