Saturday, July 25, 2009

Cara Mudah Naikkan Conversion Rate

Apabila anda ingin membuat order form atau borang tempahan, anda perlu mengingati bahawa orang mudah lupa. Cara terbaik untuk mengurangkan masalah mereka mengubah keputusan pada minit-minit akhir ialah dengan memastikan mereka diingatkan dengan janji anda.

Anda boleh meletakkan jaminan anda di atas borang tersebut.

"Ingat: anda dilindungi dengan 100% jaminan wang balik kami, dan jika anda tidak mendapat keputusan yang memuaskan daripada pakej Herba ini, saya akan beli balik daripada anda dan saya akan memberikan anda RM10 sebagai sagu hati kerana sanggup mencuba pakej ini."

Anda boleh meletakkan jaminan seperti yang anda lihat di dalam contoh di atas order form anda.

Anda juga boleh meletakkan janji-janji seperti:

"Apabila anda mendapatkan e-book ini, anda akan mengetahui bagaimana untuk memasang order form dengan cepat, tanpa perlu mengupah programmer atau menanggung malu di forum-forum"

"Dan paling bagus: anda tak perlu tunggu sesiapa pun!"

Teknik ini mampu menjadikan mereka yang pada awalnya hesitating atau ragu-ragu untuk lebih nekad untuk membeli. Adakah anda mahu mengaplikasikan teknik ini ataupun tidak? Jika mahu, lakukannya sekarang and I wish you luck and happiness.

0 comments: