Menulis Bullet
Untuk menulis bullet anda perlu mempunyai Sesuatu. Sesuatu itu akan menyebabkan pembaca berkata "menarik ni" dan menyebabkan anda tersenyum melihat akaun bank anda. Bullet, jika dikuasai, mampu menyebabkan anda menjadi lebih kaya dengan masa yang sekejap sahaja.
Bullet akan menyebabkan pembaca berminat untuk mengetahui apa yang ditulis anda. Ianya diibaratkan sebagai penghenti yang mampu menyebabkan pembaca anda berhenti dan berfikir sejenak, "aku pun nak tau apa benda ni".
Dengan kata lain, bullet merupakan cara untuk pembaca mengetahui apa yang sepatutnya dia tahu: maklumat yang dapat menarik minatnya untuk mengeluarkan wallet dia dan mencapai kad kredit/mengisi borang tempahan dan membuat pembayaran online kepada anda.
Malangnya, kebanyakan daripada marketer tidak mengetahui cara untuk mendapat untung menggunakannya. Kebanyakan usahawan hanya berminat untuk "quick fix" atau painkiller yang mereka rasa dapat membantu merea mendapat jualan. Realitinya, tak wujud perkara seperti itu. Taktikal advantage hanya membolehkan anda mendapat edge atau melebihi pesaing anda dalam masa yang singkat dan bukan dalam jangka masa yang lama.
"Cara mudah untuk mendapatkan trafik percuma. Bukan menggunakan SEO. Tetapi menggunakan cara lain."
"Dapatkan page pertama semuanya untuk diri anda. Macam mustahil, tapi ianya boleh dilakukan!"
"Rahsia Web 2.0 yang tidak ramai tahu... dan yang tahu: untung. Dan kemungkinan besar anda sedang menggunakannya."
Ini hanyalah sebahagian daripada bullet yang dapat saya fikirkan semasa menulis artikel ini. Jika anda perasan, ianya tidak memberitahu, tetapi ianya tease ataupun cuba menjadikan seseorang itu berminat dengan apa yang anda tawarkan. Sesuatu yang ada di dalam panduan atau info produk yang anda cipta itu.
Tuesday, July 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment