Tuesday, September 15, 2009

Emas Sebagai Pelaburan?

Saya baru sahaja melihat carta yang menunjukkan pergerakan nilai emas 5 tahun daripada hari ini dan saya melihat emas hampir sentiasa naik. Hal ini bermakna setiap saat anda membuang masa tidak mempelajari tentang emas dan mengambil peluang yang ada untuk mengeksploitasi peningkatan kehendak orang ramai tentang emas, anda akan kehilangan peluang untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang berjaya menjadi kaya membeli emas.


Saya baru sahaja membeli Rahsia Emas yang ditulis oleh Team RahsiaEmas (En Abd Hafiz Wasa, En Syukor Hashim dan En Jamaluddin Bahari dan saya masih lagi menunggu e-book itu untuk tiba di dalam kotak emel saya.

Sekarang ini pula, saya sedang melayan artikel Wikipedia mengenai emas (gold) dan perak (silver) untuk mengukuhkan lagi ilmu saya mengenai emas. Anda pula bagaimana?

Adakah anda sudah mengambil langkah untuk mengukuhkan kewangan anda?

0 comments: