Sunday, December 13, 2009

Cinta. Racun. Motivasi.

Cinta ibarat racun. Racun yang mampu menjatuhkan, atau menguatkan anda. Jika anda dapat melawan racun tersebut, badan anda akan mencipta penawarnya sendiri dan memulihkan badan anda.

Saya tidak berkata tentang racun betul, tetapi racun yang disebabkan cinta. Apabila anda mencinta seseorang, cinta tersebut akan memerlahankan anda sehingga anda tidak mampu melakukan apa-apa.

Terdapat beberapa perkara yang anda boleh buat jika cinta membebankan anda.

a) tinggalkannya.
b) jadikannya sebagai sumber kekuatan

Tinggalkannya ialah perkara yang biasa dilakukan. Menjadikannya sebagai sumber kekuatan? Anda perlu memikul beban dipanggil cinta di bahu anda dan bergerak ke hadapan. Setiap satu langkah anda ambil ke hadapan akan membuatkan anda semakin kuat dan akhirnya anda akan sampai ke destinasi anda.

Dan di destinasi tersebut anda sedar bahawa badan anda semakin kuat, dan tidak lagi menganggapnya sebagai beban. Dan cinta yang anda anggap sebagai beban sebenarnya adalah cara untuk si dia mengingati anda tentang dia... dan akhirnya, apabila anda dapat bersama dengannya, nikmat mula bermula.

(Ait, cam mana analogi daripada racun jadi batu besar nih? Pelik pelik...)

2 comments:

PonTianaK DegiL said...

Satu je cara cuba kuat dalam dugaan cinta : ingat satu tujuan untuk bersama kerana lillahi taala.

Tak ramai manusia kuat nak menghadapi dugaan, begitu juga dengan saya.

Tetapi, biar la selepas jatuh, kita bangkit kembali.

Jangan kita jatuh dan terus mengalah.
Bukan takdir pun akan menjadi takdir.

ct.mashitah said...

tak nak jatuh tak nak jatuh.... :-S