Saturday, March 14, 2009

Akan Saya Serang Usahawan-Usahawan Malaysia!!!

Ni tidak adil! Kenapa ada usahawan yang berjaya dan ada yang gagal? Apa yang diorang dan apa yang diorang tak buat?

Apa yang bagi diri mereka berjaya?

Kenapa Syed Ikhwan kaya sangat? Kenapa Yusry duit bertimbun-timbun? Apa pasal aku tak berjaya? Kenapalah semua ni terjadi kat aku? Aku dah belanja ribuan ringgit untuk berjaya, tapi macam ni lah jugak...

- * - * - * -

Kita sering kali melihat keluhan begini di dalam forum-forum. Saya pun kadang-kadang tersenyum melihatnya. Tak tahu nak bagi respon apa kepada mereka ini. Salah siapa semua ini? Adakah mereka betul-betul tidak bersalah... atau cara mereka gunakan itu salah?

Untuk mengetahui perkara sebenar, saya akan menghantar emel kepada taiko-taiko IM Malaysia dan bertanyakan pendapat mereka tentang isu ini.

Apa yang membezakan orang yang berjaya dan yang tidak berjaya?

Harap-harap saya dapat respon yang baik daripada mereka.

Sekian,
Abdul Rahman

Friday, March 6, 2009

Pelajaran

Masa saya tengah godek-godek Wangcyber Forum, saya terperasan satu thread yang saya ingat sudah mati. Thread mengenai satu software "panas" yang bakal dikeluarkan (dah cancel).

Saya melihat ramai orang gusar, marah dan ada yang dah tak kisah tentang software tersebut kerana mereka rasa tidak berbaloi menunggu sesuatu yang kunjung tidak tiba.

Apa yang dapat saya belajar dari thread tersebut ialah: siapkan produk sebelum memulakan promosi.

Maksudnya, anda boleh buat semua bahan promosi sebelum buat produk, tetapi hanya promote selepas anda menyiapkannya. Of course, ada juga exception seperti untuk produk yang ongoing iaitu weekly teleseminars, atau apa-apa jenis servis (selalunya saya dibayar 50% upfront, 50% lepas saya siap).

Jangan promosi produk anda jika anda tidak yakin ianya siap on-time. Jangan buat sesuatu yang akan menjejaskan nama baik anda. Nama baik AMAT PENTING untuk sesuatu bisnes. Ianya menjadi aset kepada sesiapa yang pandai menggunakannya.

David Ogilvy & Co. telah menjadikan agensi pengiklanan mereka antara yang terbesar di dunia dengan exploiting whatever assets they have in their disposal.

Ikuti saya di Twitter.

Wednesday, March 4, 2009

Kita Tak Dapat Kawal Pembaca Kita.

Selain daripada sales letter membunuh, terdapat beberapa faktor lain yang memainkan peranan mengapa satu-satu laman web tersebut tidak mendapat sale.

Antaranya ialah faktor yang tidak dapat dikawal oleh kita. Contohnya...

1) Kita tidak dapat mengawal bila masa Maybank2u atau apa-apa syarikat pemprosesan bayaran akan mengalami masalah.

Siapa boleh kawal? Kalau ada, sila beritahu. Masalah ini sering melanda beberapa client saya.

2) Kita tidak mengetahui betapa banyak wang yang ada dalam tangan pembaca kita.

Kita mungkin menjual produk yang terlalu tingi harganya untuk produk tersebut. Mungkin perceived value tidak setinggi orang mahukan.

3) Kita tidak mengawal apa yang berlaku kepada pembaca semasa sedang membaca sales letter/website kita.

Bayangkan, mereka membuka laman web anda bersama dengan emel mereka, blog politik yang mereka baca, RSS feeder mereka, dan pelbagai lagi laman web, pada waktu yang sama mereka membaca laman web anda.

Ini menyebabkan anda mempunyai peluang yang kurang untuk mendapatkan perhatian dan akhirnya, jualan mereka.

Walau apapun, laman web yang kita buat perlulah memenuhi kehendak-kehendak pembaca. Kita perlu sedar bahawa mereka juga seperti kita, mempunyai pelbagai kelemahan. Anda menjual produk 18SX? Sesuaikah laman web anda dibuka dalam peak period (waktu dalam pejabat).

Jika anda menjual produk pengurusan kewangan berharga tinggi, sesuaikah produk anda dengan pembaca anda (yang hanya makan gaji)?

Kita dapat melihat laman-laman web e-commerce hebat memudahkan pelawat mereka untuk membeli, dan menjadikan pengalaman tersebut sesuatu yang segar dalam ingatan mereka.

Sekian,
Abdul Rahman
P.S Mungkin anda patut melihat presentation yang saya buat dalam Offer Niagakit. Of course, NiagaKit tidak dibuka untuk pembelian sekarang ini. Tapi, video tersebut mungkin akan membantu anda membuat website yang lebih hebat.

(Video tersebut tidak berkaitan dengan NiagaKit, tapi macam mana nak buat website yang conversion tinggi).