Friday, August 28, 2009

Penangan "FREE"

Saya selalu pergi ke satu forum tempatan ini yang sering mempunyai thread-thread yang menawarkan FREE e-book, software, panduan dan sebagainya.

Ramai yang berterima kasih kepada mereka yang membuat thread tersebut kerana memberikan ilmu yang berharga. Tetapi anda si pembaca, dan saya si penulis, tahu bahawa dengan mendapatkan benda-benda tersebut TIDAK akan membuatkan sesiapa pun kaya.

Termasuklah pembuat thread tersebut (kecuali, kalau dia mempunyai strategi yang dapat memanfaatkan dia semasa memberi maklumat percuma tersebut).

Masalahnya dengan FREE... orang tidak mengambil berat tentang nilai maklumat tersebut. Penting? Semestinya. Amalkan? Jarang sekali.

Sebab itulah kalau anda mahu memberikan sesuatu secara percuma (dan berniat supaya orang ramai menggunakannya) fikirkan dahulu: adakah dengan memberikan e-book "1001 cara mencari trafik" secara percuma akan membolehkan mereka mengambil tindakan berdasarkan apa yang mereka ada?

Fikirkan.

Tuesday, August 25, 2009

Bagaimana Untuk "Membocorkan" Jualan Dan Menyebabkan Ramai Orang Tidak Membeli Daripada Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang pukul 9:01 pagi dan saya baru ternampak satu laman jualan yang sedang "membocorkan" jualan. Bukan apa, perkara ini amat-amat mudah... dan jika tidak dielakkan dari awal akan menyebabkan mereka kehilangan jualan dengan banyak.

Tahu macam mana nak membocorkan jualan --- dengan menambah link ke luar laman jualan anda.

Contohnya seperti menjadikan URL di testimonial "clickable". Atau URL-URL ke laman web lain.

Ianya seperti melembabkan jualan... seperti seorang kanak-kanak yang sangkut semasa menggelungsur di papan gelungsur. Mereka nak turun cepat, betul-betul cepat... tetapi jika anda tidak dapat memberikannya, mereka tidak akan berasa puas, dan akan menangis (kalau budak tu suka menangis).

Sama juga dengan jualan. Adakah anda mahu melambatkan orang untuk membuat keputusan dengan memberikannya maklumat-maklumat yang mungkin melambatkan jualan? Bukankah lebih baik jika anda memberikan maklumat di laman jualan anda dan memberikan "attribution" dengan memberikan link TETAPI tidak boleh diklik? Of course, boleh di copy-paste, kalau pembaca nak.

Jika anda mahu terangkan diri anda, kenapa tidak terangkan sahaja di laman web anda? Jika nak terangkan tentang seseorang, kenapa tidak terangkan sahaja di laman jualan anda. Jika anda mahu terangkan tentang pakej tambahan yang anda mempunyai hak, kenapa tak terangkan sahaja di laman web anda?

Ramai yang berkata tentang "terlalu panjang". Bila disemak, rupanya terdapat pelbagai laman web yang JAUH LEBIH PANJANG dan menjual JAUH LEBIH BANYAK berbanding yang berkata "ianya terlalu panjang".

Menarik bukan?

Apa yang patut buat? Apa yang anda MAHU buat? Beri complaint, atau mencuba trik mudah ini?

- Abdul Rahman
P.S Ada trik menarik untuk dikongsi? Jika ada, sila emel kepada saya di uniquelyislam at gmail dot com. Saya akan post dan sila berikan URL blog anda supaya saya boleh paparkan di sini.

Thanks!