Wednesday, September 16, 2009

Nak Jana Trafik Ke Blog Anda? Mulakan Dengan Ini

Beberapa hari ini saya kerap merayap ke blog-blog tempatan seperti Beautiful Nara dan OhBulan dan saya mendapati ada beberapa menarik yang saya pelajari di situ.

Hm...

Mungkin lebih baik saya kata, "refresher course" sebab ianya sesuatu yang semua orang tahu.

Semua orang ingin menarik trafik, semua orang mahu ramai orang melayari laman web mereka dan blog mereka tetapi dalam kegilaan mencari trafik, orang ramai seakan-akan melupakan sesuatu.

Sesuatu yang menjadi "penanda aras" kepada trafik yang banyak.

Apa bendanya tu?

Ianya ialah manusia. Itu sahaja.

Cuba anda lihat kandungan post anda. Adakah anda menulis untuk orang atau anda menulis untuk software yang dipanggil Google Bots?

Anda yang tentukan.

Saya pun kena mula fokus kepada pembaca, bukan kepada Google untuk beberapa laman web saya...

Tuesday, September 15, 2009

Emas Sebagai Pelaburan?

Saya baru sahaja melihat carta yang menunjukkan pergerakan nilai emas 5 tahun daripada hari ini dan saya melihat emas hampir sentiasa naik. Hal ini bermakna setiap saat anda membuang masa tidak mempelajari tentang emas dan mengambil peluang yang ada untuk mengeksploitasi peningkatan kehendak orang ramai tentang emas, anda akan kehilangan peluang untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang berjaya menjadi kaya membeli emas.


Saya baru sahaja membeli Rahsia Emas yang ditulis oleh Team RahsiaEmas (En Abd Hafiz Wasa, En Syukor Hashim dan En Jamaluddin Bahari dan saya masih lagi menunggu e-book itu untuk tiba di dalam kotak emel saya.

Sekarang ini pula, saya sedang melayan artikel Wikipedia mengenai emas (gold) dan perak (silver) untuk mengukuhkan lagi ilmu saya mengenai emas. Anda pula bagaimana?

Adakah anda sudah mengambil langkah untuk mengukuhkan kewangan anda?