Thursday, February 18, 2010

Adakah Ini Rahsia Jutawan Yang Anda Tidak Tahu?

Saya hairan kenapa tidak ramai usahawan berkata tentang *ini*. Ianya sesuatu yang saya rasa semua orang patut tahu terutamanya usahawan kecil-kecilan. Dengan mengetahui anda boleh meningkatkan keuntungan tanpa perlu melabur sesen pun ke dalam teknologi terhebat terbaru dikeluarkan internet marketers.

Kadang-kadang jarak anda untuk mendapatkan jumlah pembeli yang anda mahukan.

Dan ini juga yang membezakan usahawan tegar dengan usahawan suka-suka. Mereka fanatik melakukan perkara ini dan kebanyakan usahawan bidan terjun hanya tahu "slap and go" sahaja di Internet.

Apabila mereka berjaya, mereka akan hooray! dan pergi ke projek terbaru mereka (atau enjoy duit yang telah mereka dapat). Tidak salah, tetapi mereka tidak menggunakan sesuatu sumber pendapatan itu semaksimum mungkin.

Anda boleh buat projek baru dan menggunakan apa yang saya ingin beritahu anda hari ini.

Teknik ini berjaya menjana klien saya 400% lebih banyak jualan dengan beberapa perubahan mudah di dalam surat jualan beliau. Biar saya beritahu anda maksud saya dengan 400% lebih banyak jualan.

Bayangkan produk anda mempunyai conversion rate sebanyak 4% atau 4 daripada 100 orang membeli. Anda darabkan dengan 4. Anda akan dapat 16% atau 16 daripada 100 orang membeli.

Anda darabkan dengan harga produk, mungkin RM40. 40 darab 16 sama dengan RM640.

Sekarang kita bandingkan yang asal iaitu 4%. 4 darab 40 ialah RM160. Perbezaannya ialah RM480.

Atau dengan kata lain, pertumbuhan jualan sebanyak 400%. Tak banyak kalau macam tu?

Jadi soalan cepu emas ialah: Apa yang hebat sangat tu sampai boleh dapatkan duit yang begitu banyak untuk klien saya?

Jawapannya ialah...

SPLIT TEST

Split test ialah terma untuk membuat perbandingan antara "control" dengan iklan lain. Control pula ialah iklan yang sedang anda gunakan untuk mempromosi produk anda.

Jadi apa yang anda perlu buat ialah mengetahui conversion rate surat jualan atau bahan promosi anda sekarang ini (anda boleh ketahuinya dengan menggunakan Google Analytics) dan membuat sedikit perubahan ke atasnya dan melihat perubahan yang berlaku.

Kalau perubahan negatif terhadap response rate, anda tukar balik kepada asal, kalau positif, anda biarkan sahaja. Di Internet perkara amat-amat mudah dilakukan dan saya pasti jika anda menggunakan split test, anda boleh menaikkan conversion rate dengan lebih tinggi tanpa perlu mendapatkan skrip-skrip yang memaksa pembaca anda untuk membeli.

Dalam post seterusnya, saya akan beritahu anda tentang kehebatan Google Website Optimizer dan bagaimana untuk menggunakannya untuk menaikkan jualan anda.

0 comments: