Thursday, March 18, 2010

Apakah jalan yang patut anda ambil jika bisnes anda sedang kerugian?

Apa yang akan anda buat kalau secara tiba-tiba jualan merudum, pelanggan lari dari anda, dan pemiutang mula membuat hal?

Mudah bukan jawapan soalan ini?

Tapi biar saya ceritakan tentang kebanyakan syarikat pada tahun 2000, dan bagaimana mereka menangani masalah ini.

"No problem, we can ask for more investment."

Anggap diri anda sebagai seorang pelabur. Jika syarikat yang anda melabur dalamnya mempunyai masalah kewangan, anda mempunyai tendency atau kecenderungan untuk melabur lebih banyak duit dalam tu.

Tiada duit, labur lagi banyak.

Soalan saya - adakah ianya sesuatu yang patut dilakukan?

Saya pasti kebanyakan pembaca akan mengatakan ya. Tapi biar saya jelaskan. Kenapa masalah kewangan berlaku?

Disebabkan masalah-masalah tertentu. Sama ada berlaku penyelewangan, kawalan kos yang tak cekap ataupun pemasaran tidak berkesan. Masalah itu TETAP ADA walaupun duit anda (ingat, anda kan pelabur?) dilaburkan ke dalam syarikat tersebut.

Apa akan jadi kalau duit lebih banyak masuk ke dalam syarikat tersebut? Lagi banyak duit habis.

Jadi saya tanya anda lagi sekali. Apa jawapan anda kepada pilihan 'Tiada duit, labur lagi banyak.'

Kalau labur duit lagi banyak hanya membawa padah, apa yang patut anda sebagai seorang usahawan lakukan?

Betulkan masalah tersebut.

Ya, semudah itu. Apa yang menyebabkan anda mengalami masalah kewangan? Duit semakin berkurangan hanyalah simptom "penyakit" dalam syarikat anda. Sembuhkan syarikat anda daripada penyakit tersebut untuk memastikan syarikat anda untung sekali lagi.

Semudah itu. Duit lebih banyak hanya melambatkan masa untuk masalah itu menjadi besar. Tapi kalau anda selesaikan masalah itu, anda dapat memastikan masalah itu tidak datang ke ofis anda lagi.

Jualan menurun? Naikkannya dengan mengubah pelan pemasaran anda. Pastikan ianya bertepatan dengan keadaan ekonomi, berapa ramai pesaing dan potensi yang ada dalam produk anda.

0 comments: