Thursday, March 18, 2010

Apakah jalan yang patut anda ambil jika bisnes anda sedang kerugian?

Apa yang akan anda buat kalau secara tiba-tiba jualan merudum, pelanggan lari dari anda, dan pemiutang mula membuat hal?

Mudah bukan jawapan soalan ini?

Tapi biar saya ceritakan tentang kebanyakan syarikat pada tahun 2000, dan bagaimana mereka menangani masalah ini.

"No problem, we can ask for more investment."

Anggap diri anda sebagai seorang pelabur. Jika syarikat yang anda melabur dalamnya mempunyai masalah kewangan, anda mempunyai tendency atau kecenderungan untuk melabur lebih banyak duit dalam tu.

Tiada duit, labur lagi banyak.

Soalan saya - adakah ianya sesuatu yang patut dilakukan?

Saya pasti kebanyakan pembaca akan mengatakan ya. Tapi biar saya jelaskan. Kenapa masalah kewangan berlaku?

Disebabkan masalah-masalah tertentu. Sama ada berlaku penyelewangan, kawalan kos yang tak cekap ataupun pemasaran tidak berkesan. Masalah itu TETAP ADA walaupun duit anda (ingat, anda kan pelabur?) dilaburkan ke dalam syarikat tersebut.

Apa akan jadi kalau duit lebih banyak masuk ke dalam syarikat tersebut? Lagi banyak duit habis.

Jadi saya tanya anda lagi sekali. Apa jawapan anda kepada pilihan 'Tiada duit, labur lagi banyak.'

Kalau labur duit lagi banyak hanya membawa padah, apa yang patut anda sebagai seorang usahawan lakukan?

Betulkan masalah tersebut.

Ya, semudah itu. Apa yang menyebabkan anda mengalami masalah kewangan? Duit semakin berkurangan hanyalah simptom "penyakit" dalam syarikat anda. Sembuhkan syarikat anda daripada penyakit tersebut untuk memastikan syarikat anda untung sekali lagi.

Semudah itu. Duit lebih banyak hanya melambatkan masa untuk masalah itu menjadi besar. Tapi kalau anda selesaikan masalah itu, anda dapat memastikan masalah itu tidak datang ke ofis anda lagi.

Jualan menurun? Naikkannya dengan mengubah pelan pemasaran anda. Pastikan ianya bertepatan dengan keadaan ekonomi, berapa ramai pesaing dan potensi yang ada dalam produk anda.

Wednesday, March 17, 2010

Sebab utama kenapa anda tidak dapat jualan

Apabila anda menjual produk, ada beberapa perkara yang anda perlu ingat.

Pertama ialah pembaca tidak kisah tentang anda, mereka hanya kisah tentang apa yang mereka dapat. Tidak kisah anda syarikat baru atau lama, peraturan ini masih lagi boleh digunakan.

Sebab itu anda perlu membuat iklan yang berkata tentang "mereka" dan bagaimana mereka mendapat manfaat daripada produk anda. Jangan kata tentang fungsi produk anda, beritahu penjimatan, penambahbaikan yang mereka dapat dalam hidup mereka.

Gambarkan untuk mereka betapa indahnya hidup mereka dengan produk anda. Gambarkan betapa mudahnya proses menggunakan produk anda.

Dengan kata lain, anda perlu mengaikan produk anda dengan prospek tersebut. Buat perbandingan produk anda dengan produk orang lain (buat ini hanya jika produk anda bersaing dengan syarikat lebih besar dan banyak pesaing).

Anda tidak perlu cakap nama produk syarikat, memadai menyenaraikan ciri-ciri yang ada dalam produk anda yang tidak ada dalam produk syarikat Z itu.

Buat carta perbandingan antara dua atau tiga produk sekaligus. Ini membolehkan prospek anda melihat dengan jelas manfaat mendapatkan produk anda.

Mudah? Adakah anda menggunakannya dalam pemasaran anda?

Tuesday, March 16, 2010

Apa itu Butang Panas?

Butang panas ialah terjemahan langsung daripada bahasa Inggeris iaitu...

Hot Button

Kita selalu mendengar dalam risalah bahasa Inggeris yang memberi nasihat seperti:

"You have to push your prospects emotional hot buttons"

Dan ini adalah sama dengan apa yang dinasihatkan oleh pemasar Mat Saleh. Pada asasnya kita tahu emosi terbahagi kepada 2 iaitu positif dan negatiif.

Emosi positif ialah emosi yang membawa kita ke menuju ke arah yang kita mahukan dan negatif pula membawa kita ke belakang atau menjauhkan diri kita daripada hala tuju hidup kita.

Dengan kata lain, saya tidak mengatakan emosi seperti "marah" adalah negatif. Ianya hanya ekspresi tentang sesuatu perkara. Marah ada yang bagus, ada yang tidak. Bagus kalau ianya memotivasi anda untuk bekerja keras atau belajar lebih tekun. Tak bagus kalau ianya menjahanamkan hidup orang lain.

Ianya sesuatu yang kompleks, tapi nasib baik kita ada beberapa prinsip mudah yang boleh kita ikuti untuk memastikan kita dapat mengaut keuntungan daripadanya.

#Emosi adalah sebab utama kita membeli

Kita tidak membeli kerana logik semata-mata. Kita membeli kerana kita suka produk tu. Sebabnya ialah (letakkan sebab logik di sini).

Sebuah kajian yang dilakukan menunjukkan apabila seseorang itu diberi "fact sheet" tentang kereta dan kemudiannya melihat iklan kereta tersebut, mereka mengambil masa lebih lama melihat iklan berbanding fakta tersebut.

Iklan = emosi
Fakta = ... logik

Seorang usahawan yang hebat mengabungkan emosi dan logik untuk mencipa iklan yang mencairkan hati, menangkap jiwa, dan menguasi minda prospek supaya membeli produk mereka.

#Terdapat beberapa jenis emosi yang dominan di dalam hati kita

Marah, gembira, sedih, perasaan inginkan sesuatu yang hebat, dan menarik.

Kesemua di atas ialah butang panas kita. Kalau marah, kita boleh buat (hampir) semua benda. Kalau nak gembira, kita sanggup mengeluarkan wang yang banyak. Untuk mengelakkan diri kita dari sedih, kita pergi ke tempat yang menggembirakan kita dan seterusnya.

Saya rasa anda sendiri faham.

Emosi ialah sesuatu yang merbahaya dan juga menguntungkan.

Soalan saya: Adakah pemasaran anda mengambil kesempatan terhadap emosi prospek anda? Jika ya, adakah ianya berkesan... ataupun ianya memberi kesan negatif terhadap perniagaan anda?

Monday, March 15, 2010

Bagaimana Untuk Mengenali Manusia Dan Bagaimana Untuk Menggunakannya Untuk Mendapatkan Jualan

Dalam banyak benda dalam dunia, tiada yang lebih menarik berbanding manusia. Walaupun hanya satu spesis sahaja, kita ada pelbagai ragam. Tidak seperti haiwan lain. Tidak seperti "saudara" terdekat kita iaitu monyet.

Kita semua mempunyai haluan masing-masing. Ada yang menjadi pekerja swasta, ada yang jadi pekerja awam, ada yang berdiri atas kaki sendiri. Dan tiada siapa boleh kata kerja kerajaan lagi baik dari kerja swasta atau sebaliknya. Semua mempunyai pros dan cons masing-masing.

Usahawan nampak "cool" tetapi paling berisiko dari ketiga-tiga saya cakap. Dan ianya mendedahkan sedikit sebanyak tentang manusia.

# Ada yang lebih suka bergantung kepada bantuan
# Ada yang lebih suka bergantung kepada manfaat
# Ada yang lebih suka bergantung kepada diri sendiri

Daripada pilihan yang dibuat oleh mereka kita dapat tahu apa yang mereka pentingkan dalam hidup dan jika anda melihat profil pengguna anda, anda boleh melihat customer base anda terdiri daripada orang seperti apa.

Adakah mereka suka eksplorasi seperti usahawan?

Adakah mereka suka bergantung kepada bantuan seperti pekerja kerajaan?

Adakah mereka suka bergantung kepada manfaat seperti pekerja swasta?

Apabila saya mengatakan pekerjaan tertentu di atas, ianya hanyalah contoh. Jika anda ingin melihat lebih lanjut tentang apa pandangan saya tentang pekerjaan, sila baca artikel 'Apa Yang Kita Boleh Belajar Daripada Prospek'.

Sekarang soalan cepu emas ialah, adakah anda menggunakan sepenuhnya 'butang panas' prospek anda untuk menjadikan mereka sebagai klien?